Thursday, December 16, 2010

Kemodenan yang Jahil

Bismilahirahmanirahim……..

Segala puji bagi Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A.W.

Pertama sekali diingatkan tulisan ini adalah pendapat penulis semata – mata, kelemahan dan kesilapan datang dari kelemahan iman penulis, segala yang benar datangnya dari Allah s.w.t.. Jika terdapat sebarang kemusykilan sila dirujuk kepada Al Quran , hadith dan para ulama.


1.         Penciptaan manusia dan agama.

Allah menjadikan manusia dari setitik air yang hina yakni air mani, tetapi diciptakan manusia menjadikan sebaik- baik kejadian sehingga di perintahkan para malaikat tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s. Kecuali Iblis yang ingkar dan menjadi titik permulaan permusuhan para manusia dan syaitan.

Adalah tidak mustahil bagi Allah yang maha pencipta untuk menjadikan semua umat manusia dari kini, akan datang mahupun sebelumnya sebagai islam, tetapi Allah hanya memilih manusia paling bertaqwa di antara manusia yang lain untuk menjadi penghuni JannahNya. Allah merahsiakan tujuan menciptakan pelbagai agama dan anutan dan hanya mengiktiraf agama yang mentauhidkanNya. Dari nabi Adam sehinggalah kepada kekasihnya nabi Muhamad. Rahsia itu hanya diketahui olehNya dan manusia dikehendaki menjalankan amanah dan menyebarkan agama Allah. Setelah kewafatan baginda Rasulullah amanah menyebarkan agama Allah terpikul dibahu para sahabat, kemudian para tabiin kemudian para wali dan para ulama. Akan tetapi baginda Rasulullah telah meninggalkan secukup cukupnya bekalan kepada umat manusia iaitu Al-Quran, hadith dan sunnahnya. Al-quran tidak pernah berubah walaupun satu titik menunjukkan kewajaran ia digunakan sepanjang zaman dan islam itu satu cara hidup, bukan hanya di tikar solat.

Kini, sama juga dengan terdahulu tanggungjawab memelihara dan menyebarkan agama Allah ini terpikul oleh para pemimpin, maka tetap Al-Quran lah yang paling sesuai dijadikan rujukan. Di zaman para sahabat (Khulafa Ar- Rashidin dan selepasnya) pemerintah dan para ummara tidak sesekali dipisahkan kerana sebarang rang undang – rang, kepincangan, perbalahan, kekeliruan akan dirujuk kepada para ummara, dengan demikian agama Allah kekal terpelihara walaupun datang kekeliruan dan pertembungan antara budaya. Maksudnya di sini, pemerintah (politik) dan Ummara/ Ulama (agama) sama sekali tidak boleh dipisahkan. Kejayaan para sahabat dan para tabiin menyebar agama islam dari tanah arab sehingga islam di terima seluruh dunia dan islam adalah agama terbesar di dunia adalah kesan daripada bersatunya politik, social, ekonomi dengan agama. Islam bertapak di Malaysia adalah hasil daripada para ulama yang juga peniaga datang ke Melaka dan mengislamkan Raja Parameswara dan diikuti oleh para rakyat. Bukankah raja itu pemerintah sama seperti pemerintah hari ini? Dan bagaimana jika Pemerintah masa itu tidak menerima seruan islam? Kita hari ini mungkin masih lagi menyembah tuhan – tuhan Hindu dan berkampung di Batu Caves.Orang melayu adalah antara kaum yang paling lambat menerima islam, Cina dan India lebih terdahulu menerima sinar kebenaran iaitu islam, maka apa yang hendak dibanggakan dengan bangsa?Memartabatkan bangsa, berjuang hak hak orang bangsa. Bagaimana pula dengan bangsa lain yang juga beragama islam? Allah berfirman yang membawa maksud “ Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, bersuku suku dan berpuak puak agar kamu saling mengenali, sesungguhnya yang paling baik di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara kamu”    
Perkataan taqwa di situ adalah agama, Allah menyuruh manusia bertaqwa, untuk mendapat taqwa bukan dengan bangsa tetapi dengan agama. Kerana Allah hanya satu tidak dua, kiblat juga hanya satu yang memandu manusia ke jalan yang satu….jika begini wujudkah lagi perbezaan? Wujudkah lagi perbalahan? Wujudkah lagi kekeliruan tentang agama Allah? Maka agama Allah akan di terima dengan mudah bukan di tentang hatta oleh pemimpin yang mengaku islam tetapi mengamalkan sekularisme. Walaupun jelas system sekular menolak agama.
Di sini terbukti bagaimana islam boleh menyusur jauh tersebar di bumi Allah dengan menggabungkan islam dengan ekonomi, social dan politik oleh para ulama terdahulu.

2. Sejarah politik dan agama tidak sebulu.

Sejarah berkenaan perkara ini amat panjang dan perlukan penelitian yang khusus, tetapi penulis akan cuba mengutarakan pendapat mengikut kefahaman dan sedikit pengetahuan yang ada.

Selepas kekalahan tentera salibi oleh tentera Salahuddin Al- Ayubbi, Baitul Maqdis kembali ke tangan orang islam, walaupun begitu tentera salibi tidak pernah putus usaha untuk merampas kembali tanah suci itu tetapi sering kali gagal  di dalam perjalanan di sebabkan oleh perbalahan sama sendiri, ini datangnya dari Allah yang memelihara agamanya. Pun begitu, orang – orang kristian dan yahudi di benarkan untuk melawat walaupun tanah suci Baitul Maqdis di tangan pemerintah islam. Di mudahkan cerita. maka tertubuh lah satu pasukan tentera yang di panggil The knight Templar atau kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon. Kumpulan ini asalnya di tubuhkan untuk melindungi keselamatan penganut kristian yang mengunjungi Jerusalam. Dan mengabdikan diri kepada satu makhluk yang Agung.

Dipendekkan cerita Knight Templar telah menjumpai khazanah tinggalan kerajaan Nabi Sulaiman di bawah masjid Al - Aqsa, dijumpai harta dan kitab – kitab tentang rahsia alam. Bermula dari situ Knight Templar menjadi amat kaya dan mempunyai ilmu yang berbagai. Kumpulan Knight Templar yang tidak berperang mengambil tempat di pusat – pusat bandar dan membuka system perbankan yang berasaskan riba (yang menjadi asas kepada system perbankan hari ini) dan ekonomi kumpulan ini cukup berpengaruh dan mereka cukup kaya raya sehingga mengatasi kekayaan pemerintah. Knight Templar amat di senangi oleh rakyat kerana meraka mengamalkan persaudaraan dan amal kebajikan.

Akhirnya Raja Philip IV( Raja Perancis) bersama Paderi gereja iaitu Paus Clement merancang untuk menghapuskan Knight Templar kerana di percayai mengancam kedudukanya. Raja Philip dikatakan banyak berhutang dengan Knight Templar dan tidak merancang untuk membayar balik. Ahi – ahli kumpulan ditangkap dan di seksa dan di suruh membuat pengakuan palsu. Arahan dari Paderi Paus Clement  ini menyebabkan hampir kesemua ahli Knight Templar ditangkap dan bunuh. Peristiwa pembunuhan ini di lakukan pada hari Jumaat 13 haribulan.. Oleh sebab itu masyarakat barat sampai ke hari ini fobia dengan nombor 13, boleh dilihat di pintu – pintu lif bangunan dalam filem atau apa saja. Kerana menganggap hari Jumaat dan nombor 13 adalah celaka dan sial. Di pintu lif bangunan tidak diletakkan tingkat 13 sebaliknya selepas 12 terus kepada tingkat 14, boleh dilihat di bangunan besar malah di malaysia sendiri pun.

Selepas peristiwa pembunuhan itu, ada beberapa ahli yang dapat lari dan bersembuyi. Ada yang keluar dari perancis dan bersembunyi di Scotland dan menyamar menjadi tukang batu atau pengukir batu di Scotland. Tetapi Knight Templar ini diterima oleh pemerintah Scotland dan di ambil menjadi penasihat dalam pemerintahan kerana ilmu yang di miliki oleh kumpulan Knight Templar.

            Rentetan dari itu, kumpulan ini menubuhkan persatuan baru yang dinamakan Freemason. Perjuangannya tetap sama dengan Knight Templar iaitu untuk membina kembali Haikal Sulaiman atau The Temple of Solomon. Mereka percaya di sini la nanti tempat pemerintah yang mereka tunggu – tunggu akan memerintah dunia ( New world  Order). Juga sering di laungkan  oleh pemimpin dunia hari ini. Freemason tidak membawa perjuangan beragama, mereka menolak agama kerana pengasas kumpulan meraka dibunuh oleh Pemerintah dan paderi, dulu paderi dan gereja seolah olah pemerintah juga mempunyai kuasa menghukum dan pengampunan. Golongan pengkaji islam berpendapat Freemason bukan beragama kristian atau yahudi tetapi agama penyembah syaitan, kambing hitam yang menjadi symbol (lihat symbol – symbol freemason di internet). Pengaruh yang di bawa Freemason ini telah menular dengan cepat dan mudah diterima dengan bantuan syaitan sebagai tentera Dajjal untuk menyesatkan umat manusia. Ini juga pernah di beri amaran oleh Rasulullah tentang bahaya fitnah Dajjal. Fitnah Dajjal tidak di ceritakan dengan tepat tetapi bersifat umum supaya senang kita umat islam mengenali dan mengesan tanda – tanda kedatangan Dajjal.

            Hampir kesemua Presiden Amerika Syarikat adalah ahli Freemason termasuk juga beberapa artis Hollywood yang dipuja ramai antara contoh Jay-Z , Lady Gaga, Justin Bieber dan ramai lagi. Terlalu amat banyak pengaruh kumpulan ini di ekonomi, social terutama politik. Politik mereka menolak agama sepenuhnya. Mereka berusaha keras menghapuskan golongan tasawwuf kerana golongan ni adalah sufi dan mampu mengesan dan menewaskan mereka dari segala sudut. Oleh itu di jalankan propaganda mengiklankan ilmu tasawwuf ini sebagai sesat, sehingga pernah masuk ke minda orang islam bahawa tasawuf dan tarikat adalah ilmu sesat, sebenarnya ilmu – ilmu ini di kuasai oleh para wali Allah. Freemason yang juga para pemerintah dunia (kini) malah berusaha melenyapkan ajaran islam sepenuhnya dengan menjalankan pelbagai rancangan antaranya menghapuskan sekolah atau madrasah yang mengajar ilmu islam dengan membawa fahaman bahawa glongan ini kolot dan ketinggalan….Ini juga terjadi di Malaysia iaitu sekolah agama rakyat di tutup, di putus bantuan ke atasnya. Dengan alasan kolot dan tidak membangunkan ekonomi Negara. Tetapi sebenarnya golongan ini belajar ilmu yang sebenar, jika tidak, tidak mungkin Tok Kenali (Kelantan) mampu menjelaskan bagaimana pergerakan bumi, cakera wala sama seperti kita baru ketahui hari ni.

Golongan ilmuan islam di hapuskan satu per satu, ada pendapat mengatakan golongan ilmuan islam di nusantara ini banyak terdapat di Kelantan dan selatan Thailand, lihat apa yang berlaku ke atas kedua dua negeri ini….Ideologi yang bagaimana memusnahkan golongan ini?.. Rancangan jahat freemason amat berjaya dengan bantuan teknologi dan sains, bagaimana mereka (barat) begitu maju dalam bidang2 ini? Siapa yang mengajar mereka? Kitab2 terdahulu dan para tentera Dajjal lah iaitu syaitan yang merencanakan semua ini? Mustahil? Bukankah syaitan hidup lebih lama di dunia ini? Sudah pasti ilmu mereka lebih banyak bebanding manusia, malah syaitan sering naik ke langit mencuri ilmu –ilmu rahsia alam dan di panah oleh para malaikat..di katakan juga kedatangan Dajjal kemudian ini banyak menggunakan teknologi dan sains salah satunya penciptaan bangunan – bangunan pencakar langit berbentuk 3 segi (obelisk) di puncaknya yang akan mengizinkan keluarnya kuasa negative, berbeza dengan bentuk binaan islam yang berbentuk kubah yang akan melahirkan kuasa positif, bangunan bentuk segitiga ini sekarang sudah berada di seluruh dunia termasuk Malaysia iaitu menara KLCC dan satu menara di Putrajaya, maka tidak mustahil kenapa golongan barat sebelum ini amat mengutamakan pembinaan bangunan pencakar langit, cuba fikir ilham sebegini datangnya dari mana? Sudah tentu tentera Dajjal yang dah hidup lama yang di janjikan Allah akan diberi hayat sehingga hari khiamat, yang juga telah menguasai ilmu rahsia alam (sains dan teknologi) ..jadi adakah mereka kolot dan tidak berilmu? Fikirkan kembali……..

Idealogi secular begitu kuat dalam hidup kita, malah sejak di tadika kita telah dididik untuk lebih belajar dan menguasai ilmu keduniaan kononnya hidup lebih bahagia dan masa depan lebih cerah, masih ingat lagi di sekolah rendah, kita di ajar bagaimana asal usul manusia di jadikan berasal daripada beruk kemudian berevolusi menjadi manusia seperti kini. Ini adalah teori Charles Darwin yang juga salah seorang ahli Freemason untuk mempengaruhi minda orang islam dan menolak kejadian manusia berasal dari Adam, di ajar juga kepada kita bagaimana perubahan zaman , paleolitik, mesolitik dan neolitik, manusia berasal dari gua dan berevolusi menjadi moden, dan menanam kepercayaan barat lah yang membawa kepada kemodenan dunia…Bukankah di dalam Al- Quran menyebut kisah para nabi? Adakah nabi Adam hidup dalam gua berbogel? Bukankah Habil dan Qabil adalah petani dan perternak berjaya? Itu manusia pertama. Bagaimanalah nabi Nuh mencipta kapal yang besar? Adakah Eropah yang menjadi penasihat Nabi Nuh ketika itu? Sudah tentu Allah lah yang memberi lham kepada Nabi Nuh. Maka di mana relevennya teori2 jahil barat itu?..sengaja mereka ingin kita lupakan sejarah nabi2 Allah terdahulu yang cukup tinggi tamadunnya dan kemodenannya mungkin melebihi kita.

Di sekolah menengah, kita di ajar sejarah zaman gelap dan reformasi Eropah, kebangkitan barat kononya, padahal ketika itu la system dahulu iaitu system beraja atau system pemerintahan dahulu (feudal) di hapuskan untuk membenarkan fahaman freemason muncul dan di terima manusia. Cikgu kita masa itu beria ia mengajar, kumpul nota mendenda pelajar yang tidak menghafal, memeriksa kertas peperiksaan dan pandai pula tanda salah dan betol serta di beri markah. Cikgu kita tu sudah tentu kebanyakkannya melayu dan islam .Sehingga hari ini kita masih kuat terpengaruh dengan idealogi ini. tapi percaya atau tidak idea ini la kita guna pakai seharian, di sekolah, tempat kerja, bank, hotel, shopping, kedai runcit, kedai mamak sekali pun system kerajaan dan sebagainya.

Kini, kita di hujani pula dengan informasi – informasi, pendapat – pendapat yang mengatakan agama asing dan politik asing, tidak boleh berpolitik di dalam masjid. Soalan ringkas, dimanakah Rasulullah berpolitik di zamannya? Di masjid atau parlimen? Dimana kah Rasulullah bermesyuarat? Di masjid atau hotel? Sehingga Nabi Muhamad berjaya mengariskan perlembagaan yang di namakan Piagam Madinah ( perlembagaan madinah).. Perlembagaan ini lah yang menjadikan Madinah sebagai Negara Islam yang unggul dan ditakuti oleh golongan kafir, Di zaman Khulafa Saidina Umar Al – Khattab, beliau mula memodernkan pemerintahan Islam dengan panduan dari Al – Quran , Hadith dan Sunnah Rasulullah sehingga beliau berjaya mewujudkan sistem pos, sistem jalan raya, sistem gabenor, sistem ketenteraan modern, sistem kewangan islam (Dinar emas) yang menjadikan ekonomi islam cukup berjaya, berbeza sekali dengan sistem ekonomi sekular yang berasaskan duit kertas dan hanya berdasarkan sandaran emas simpanan dalam negara,seperti yang diketahui umum nilai emas sentiasa utuh, tetap naik setiap tahun dan tidak perlukan sistem riba untuk mengaut keuntungan malah matawang dinar lebih membawa untung dari wang kertas. Ini salah satu propaganda kafir untuk menyekat kemajuan orang islam, soalan...Siapakah yang menghalang penggunaan matawang dinar emas di malaysia? dan ideology yang bagaimana yang mereka bawa?....Dengan usaha para sahabat ini islam telah tersebar dengan meluas ke seluruh pelusuk dunia. Soalan lagi.. adakah di sini Islam kolot? Dan jika Rasullullah dan para sahabat baginda mengasingkan politik dengan agama kita sekarang masih bernafas sebagai orang hindu atau budha atau anismisme lagi.

3.         Dajjal dan fitnahnya

Nabi Muhamad pernah memanggil para sahabat untuk menceritakan tentang Dajjal dan fitnahnya, di ambil sedikit di sini baginda menyebut Dajjal dapat dikenali dengan tulisan di dahinya “ Kaf Fa Ra” iaitu kafir atau kufur. Dapat di baca walaupun oleh manusia yang tidak mengenal huruf.… Bekas pemerintah tentera Amerika syarikat (AS) telah membuat kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan penubuhan CFR oleh pemimpin utama dunia dan tertubuhnya Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi pelopor kepada World New Order atau pemerintahan baru ini. Kerana CFR juga membawa ideology seakan – akan Freemason dimana segala kegiatan dan agenda jahat mereka disembunyikan dengan tujuan penubuhan CFR iaitu persaudaraan (hubungan baik antara Negara) dan amal kebajikan. Adakah ini ada kaitan dengan kerajaan Dajjal pemimpin bermata satu? Dan Apakah yang di maksudkan dengan CFR? Kaf (C ) Fa ( F ) Ra ( R )  Apa kaitan CFR dengan World New Order dan perkaitannya dengan amalan demokrasi politik dunia

*Akan bersambung di entri selepas ini…………







           



2 comments: