Friday, September 21, 2012

himpunan bantah filem menghina nabi Muhamad


21 September, 2012

(Gambar) Ribuan Hadiri Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Di Kedutaan AS


KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.

Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Sementara itu, Nasrudin Hassan bersama Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.

Enggan bertemu

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.

"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.

"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.

Himpunan tersebut kemudiannya selesai dan bersurai kira-kira jam 3.20 petang.











~harakahdaily

Wednesday, July 25, 2012


Cadang Hudud di Johor: Tahniah dan silakanlah!

Saya mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud sebagaimana diucapkannya dalam Sidang DUN Johor pada 20 Jun lalu.Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Bagi saya sama ada Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah!
 Dalam isu  ini tidak perlu cabar-mencabar mana-mana pihak, sebaliknya pelaksanaan hukum Allah adalah perlu diadakan demi kepentingan Islam. Saya menyokong sepenuh hati. Harapnya ia tidak akan ditarik balik, dan saya doakan ia jadi kenyataan. Saya dan Kerajaan Negeri Kelantan sedia bekerjasama demi memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya.
Wallahu’alam.
*Respons kepada pertanyaan media di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim Kota Bharu pada 11 Syaaban 1433 bersamaan 1 Julai 2012.
Bookmark and Share   

Sunday, December 19, 2010

Council on Foreign Relations (CFR)

Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrs telah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut;

1. Dari Annas رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

…ألا إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور وإن بين عينيه مكتب كافر فيه

…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR.(HR.Bukhari)
2. Dalam riwayat lain disebutkan :

ثم تهجاها (ك ف ر) يقروه كل مسلم

“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi)

Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapat KAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.
Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:
15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?
A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S

Jawapannya : B
Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.

Kaaf (Arab) = C (Inggeris) – dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca

Faa (Arab) = F (Inggeris) – vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’

Raa (Arab) = R (Inggeris) – vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’

Maka, KaFiR = CFR

Mengapa CFR dan Apakah CFR itu ?


CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationship yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.
Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.

Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.

Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi. Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.

CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya . Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaitu Fouad Ajami dan Farid Zakaria. Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.

Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.

Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.

Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.

Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?


Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?

Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.

Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.
Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, Bilderberg, Skull and Bones, New World Order, Illuminati dan sebagainya. Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.

Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Klik sini http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/dajjal-akan-muncul-dari

*Entri ini adalah diambil daripada sebuah forum di internet sebagai penjelasan kepada apa yang di maksudkan penulis dalam  entri sebelum ini..

Thursday, December 16, 2010

Kemodenan yang Jahil

Bismilahirahmanirahim……..

Segala puji bagi Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A.W.

Pertama sekali diingatkan tulisan ini adalah pendapat penulis semata – mata, kelemahan dan kesilapan datang dari kelemahan iman penulis, segala yang benar datangnya dari Allah s.w.t.. Jika terdapat sebarang kemusykilan sila dirujuk kepada Al Quran , hadith dan para ulama.


1.         Penciptaan manusia dan agama.

Allah menjadikan manusia dari setitik air yang hina yakni air mani, tetapi diciptakan manusia menjadikan sebaik- baik kejadian sehingga di perintahkan para malaikat tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s. Kecuali Iblis yang ingkar dan menjadi titik permulaan permusuhan para manusia dan syaitan.

Adalah tidak mustahil bagi Allah yang maha pencipta untuk menjadikan semua umat manusia dari kini, akan datang mahupun sebelumnya sebagai islam, tetapi Allah hanya memilih manusia paling bertaqwa di antara manusia yang lain untuk menjadi penghuni JannahNya. Allah merahsiakan tujuan menciptakan pelbagai agama dan anutan dan hanya mengiktiraf agama yang mentauhidkanNya. Dari nabi Adam sehinggalah kepada kekasihnya nabi Muhamad. Rahsia itu hanya diketahui olehNya dan manusia dikehendaki menjalankan amanah dan menyebarkan agama Allah. Setelah kewafatan baginda Rasulullah amanah menyebarkan agama Allah terpikul dibahu para sahabat, kemudian para tabiin kemudian para wali dan para ulama. Akan tetapi baginda Rasulullah telah meninggalkan secukup cukupnya bekalan kepada umat manusia iaitu Al-Quran, hadith dan sunnahnya. Al-quran tidak pernah berubah walaupun satu titik menunjukkan kewajaran ia digunakan sepanjang zaman dan islam itu satu cara hidup, bukan hanya di tikar solat.

Kini, sama juga dengan terdahulu tanggungjawab memelihara dan menyebarkan agama Allah ini terpikul oleh para pemimpin, maka tetap Al-Quran lah yang paling sesuai dijadikan rujukan. Di zaman para sahabat (Khulafa Ar- Rashidin dan selepasnya) pemerintah dan para ummara tidak sesekali dipisahkan kerana sebarang rang undang – rang, kepincangan, perbalahan, kekeliruan akan dirujuk kepada para ummara, dengan demikian agama Allah kekal terpelihara walaupun datang kekeliruan dan pertembungan antara budaya. Maksudnya di sini, pemerintah (politik) dan Ummara/ Ulama (agama) sama sekali tidak boleh dipisahkan. Kejayaan para sahabat dan para tabiin menyebar agama islam dari tanah arab sehingga islam di terima seluruh dunia dan islam adalah agama terbesar di dunia adalah kesan daripada bersatunya politik, social, ekonomi dengan agama. Islam bertapak di Malaysia adalah hasil daripada para ulama yang juga peniaga datang ke Melaka dan mengislamkan Raja Parameswara dan diikuti oleh para rakyat. Bukankah raja itu pemerintah sama seperti pemerintah hari ini? Dan bagaimana jika Pemerintah masa itu tidak menerima seruan islam? Kita hari ini mungkin masih lagi menyembah tuhan – tuhan Hindu dan berkampung di Batu Caves.Orang melayu adalah antara kaum yang paling lambat menerima islam, Cina dan India lebih terdahulu menerima sinar kebenaran iaitu islam, maka apa yang hendak dibanggakan dengan bangsa?Memartabatkan bangsa, berjuang hak hak orang bangsa. Bagaimana pula dengan bangsa lain yang juga beragama islam? Allah berfirman yang membawa maksud “ Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, bersuku suku dan berpuak puak agar kamu saling mengenali, sesungguhnya yang paling baik di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara kamu”    
Perkataan taqwa di situ adalah agama, Allah menyuruh manusia bertaqwa, untuk mendapat taqwa bukan dengan bangsa tetapi dengan agama. Kerana Allah hanya satu tidak dua, kiblat juga hanya satu yang memandu manusia ke jalan yang satu….jika begini wujudkah lagi perbezaan? Wujudkah lagi perbalahan? Wujudkah lagi kekeliruan tentang agama Allah? Maka agama Allah akan di terima dengan mudah bukan di tentang hatta oleh pemimpin yang mengaku islam tetapi mengamalkan sekularisme. Walaupun jelas system sekular menolak agama.
Di sini terbukti bagaimana islam boleh menyusur jauh tersebar di bumi Allah dengan menggabungkan islam dengan ekonomi, social dan politik oleh para ulama terdahulu.

2. Sejarah politik dan agama tidak sebulu.

Sejarah berkenaan perkara ini amat panjang dan perlukan penelitian yang khusus, tetapi penulis akan cuba mengutarakan pendapat mengikut kefahaman dan sedikit pengetahuan yang ada.

Selepas kekalahan tentera salibi oleh tentera Salahuddin Al- Ayubbi, Baitul Maqdis kembali ke tangan orang islam, walaupun begitu tentera salibi tidak pernah putus usaha untuk merampas kembali tanah suci itu tetapi sering kali gagal  di dalam perjalanan di sebabkan oleh perbalahan sama sendiri, ini datangnya dari Allah yang memelihara agamanya. Pun begitu, orang – orang kristian dan yahudi di benarkan untuk melawat walaupun tanah suci Baitul Maqdis di tangan pemerintah islam. Di mudahkan cerita. maka tertubuh lah satu pasukan tentera yang di panggil The knight Templar atau kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon. Kumpulan ini asalnya di tubuhkan untuk melindungi keselamatan penganut kristian yang mengunjungi Jerusalam. Dan mengabdikan diri kepada satu makhluk yang Agung.

Dipendekkan cerita Knight Templar telah menjumpai khazanah tinggalan kerajaan Nabi Sulaiman di bawah masjid Al - Aqsa, dijumpai harta dan kitab – kitab tentang rahsia alam. Bermula dari situ Knight Templar menjadi amat kaya dan mempunyai ilmu yang berbagai. Kumpulan Knight Templar yang tidak berperang mengambil tempat di pusat – pusat bandar dan membuka system perbankan yang berasaskan riba (yang menjadi asas kepada system perbankan hari ini) dan ekonomi kumpulan ini cukup berpengaruh dan mereka cukup kaya raya sehingga mengatasi kekayaan pemerintah. Knight Templar amat di senangi oleh rakyat kerana meraka mengamalkan persaudaraan dan amal kebajikan.

Akhirnya Raja Philip IV( Raja Perancis) bersama Paderi gereja iaitu Paus Clement merancang untuk menghapuskan Knight Templar kerana di percayai mengancam kedudukanya. Raja Philip dikatakan banyak berhutang dengan Knight Templar dan tidak merancang untuk membayar balik. Ahi – ahli kumpulan ditangkap dan di seksa dan di suruh membuat pengakuan palsu. Arahan dari Paderi Paus Clement  ini menyebabkan hampir kesemua ahli Knight Templar ditangkap dan bunuh. Peristiwa pembunuhan ini di lakukan pada hari Jumaat 13 haribulan.. Oleh sebab itu masyarakat barat sampai ke hari ini fobia dengan nombor 13, boleh dilihat di pintu – pintu lif bangunan dalam filem atau apa saja. Kerana menganggap hari Jumaat dan nombor 13 adalah celaka dan sial. Di pintu lif bangunan tidak diletakkan tingkat 13 sebaliknya selepas 12 terus kepada tingkat 14, boleh dilihat di bangunan besar malah di malaysia sendiri pun.

Selepas peristiwa pembunuhan itu, ada beberapa ahli yang dapat lari dan bersembuyi. Ada yang keluar dari perancis dan bersembunyi di Scotland dan menyamar menjadi tukang batu atau pengukir batu di Scotland. Tetapi Knight Templar ini diterima oleh pemerintah Scotland dan di ambil menjadi penasihat dalam pemerintahan kerana ilmu yang di miliki oleh kumpulan Knight Templar.

            Rentetan dari itu, kumpulan ini menubuhkan persatuan baru yang dinamakan Freemason. Perjuangannya tetap sama dengan Knight Templar iaitu untuk membina kembali Haikal Sulaiman atau The Temple of Solomon. Mereka percaya di sini la nanti tempat pemerintah yang mereka tunggu – tunggu akan memerintah dunia ( New world  Order). Juga sering di laungkan  oleh pemimpin dunia hari ini. Freemason tidak membawa perjuangan beragama, mereka menolak agama kerana pengasas kumpulan meraka dibunuh oleh Pemerintah dan paderi, dulu paderi dan gereja seolah olah pemerintah juga mempunyai kuasa menghukum dan pengampunan. Golongan pengkaji islam berpendapat Freemason bukan beragama kristian atau yahudi tetapi agama penyembah syaitan, kambing hitam yang menjadi symbol (lihat symbol – symbol freemason di internet). Pengaruh yang di bawa Freemason ini telah menular dengan cepat dan mudah diterima dengan bantuan syaitan sebagai tentera Dajjal untuk menyesatkan umat manusia. Ini juga pernah di beri amaran oleh Rasulullah tentang bahaya fitnah Dajjal. Fitnah Dajjal tidak di ceritakan dengan tepat tetapi bersifat umum supaya senang kita umat islam mengenali dan mengesan tanda – tanda kedatangan Dajjal.

            Hampir kesemua Presiden Amerika Syarikat adalah ahli Freemason termasuk juga beberapa artis Hollywood yang dipuja ramai antara contoh Jay-Z , Lady Gaga, Justin Bieber dan ramai lagi. Terlalu amat banyak pengaruh kumpulan ini di ekonomi, social terutama politik. Politik mereka menolak agama sepenuhnya. Mereka berusaha keras menghapuskan golongan tasawwuf kerana golongan ni adalah sufi dan mampu mengesan dan menewaskan mereka dari segala sudut. Oleh itu di jalankan propaganda mengiklankan ilmu tasawwuf ini sebagai sesat, sehingga pernah masuk ke minda orang islam bahawa tasawuf dan tarikat adalah ilmu sesat, sebenarnya ilmu – ilmu ini di kuasai oleh para wali Allah. Freemason yang juga para pemerintah dunia (kini) malah berusaha melenyapkan ajaran islam sepenuhnya dengan menjalankan pelbagai rancangan antaranya menghapuskan sekolah atau madrasah yang mengajar ilmu islam dengan membawa fahaman bahawa glongan ini kolot dan ketinggalan….Ini juga terjadi di Malaysia iaitu sekolah agama rakyat di tutup, di putus bantuan ke atasnya. Dengan alasan kolot dan tidak membangunkan ekonomi Negara. Tetapi sebenarnya golongan ini belajar ilmu yang sebenar, jika tidak, tidak mungkin Tok Kenali (Kelantan) mampu menjelaskan bagaimana pergerakan bumi, cakera wala sama seperti kita baru ketahui hari ni.

Golongan ilmuan islam di hapuskan satu per satu, ada pendapat mengatakan golongan ilmuan islam di nusantara ini banyak terdapat di Kelantan dan selatan Thailand, lihat apa yang berlaku ke atas kedua dua negeri ini….Ideologi yang bagaimana memusnahkan golongan ini?.. Rancangan jahat freemason amat berjaya dengan bantuan teknologi dan sains, bagaimana mereka (barat) begitu maju dalam bidang2 ini? Siapa yang mengajar mereka? Kitab2 terdahulu dan para tentera Dajjal lah iaitu syaitan yang merencanakan semua ini? Mustahil? Bukankah syaitan hidup lebih lama di dunia ini? Sudah pasti ilmu mereka lebih banyak bebanding manusia, malah syaitan sering naik ke langit mencuri ilmu –ilmu rahsia alam dan di panah oleh para malaikat..di katakan juga kedatangan Dajjal kemudian ini banyak menggunakan teknologi dan sains salah satunya penciptaan bangunan – bangunan pencakar langit berbentuk 3 segi (obelisk) di puncaknya yang akan mengizinkan keluarnya kuasa negative, berbeza dengan bentuk binaan islam yang berbentuk kubah yang akan melahirkan kuasa positif, bangunan bentuk segitiga ini sekarang sudah berada di seluruh dunia termasuk Malaysia iaitu menara KLCC dan satu menara di Putrajaya, maka tidak mustahil kenapa golongan barat sebelum ini amat mengutamakan pembinaan bangunan pencakar langit, cuba fikir ilham sebegini datangnya dari mana? Sudah tentu tentera Dajjal yang dah hidup lama yang di janjikan Allah akan diberi hayat sehingga hari khiamat, yang juga telah menguasai ilmu rahsia alam (sains dan teknologi) ..jadi adakah mereka kolot dan tidak berilmu? Fikirkan kembali……..

Idealogi secular begitu kuat dalam hidup kita, malah sejak di tadika kita telah dididik untuk lebih belajar dan menguasai ilmu keduniaan kononnya hidup lebih bahagia dan masa depan lebih cerah, masih ingat lagi di sekolah rendah, kita di ajar bagaimana asal usul manusia di jadikan berasal daripada beruk kemudian berevolusi menjadi manusia seperti kini. Ini adalah teori Charles Darwin yang juga salah seorang ahli Freemason untuk mempengaruhi minda orang islam dan menolak kejadian manusia berasal dari Adam, di ajar juga kepada kita bagaimana perubahan zaman , paleolitik, mesolitik dan neolitik, manusia berasal dari gua dan berevolusi menjadi moden, dan menanam kepercayaan barat lah yang membawa kepada kemodenan dunia…Bukankah di dalam Al- Quran menyebut kisah para nabi? Adakah nabi Adam hidup dalam gua berbogel? Bukankah Habil dan Qabil adalah petani dan perternak berjaya? Itu manusia pertama. Bagaimanalah nabi Nuh mencipta kapal yang besar? Adakah Eropah yang menjadi penasihat Nabi Nuh ketika itu? Sudah tentu Allah lah yang memberi lham kepada Nabi Nuh. Maka di mana relevennya teori2 jahil barat itu?..sengaja mereka ingin kita lupakan sejarah nabi2 Allah terdahulu yang cukup tinggi tamadunnya dan kemodenannya mungkin melebihi kita.

Di sekolah menengah, kita di ajar sejarah zaman gelap dan reformasi Eropah, kebangkitan barat kononya, padahal ketika itu la system dahulu iaitu system beraja atau system pemerintahan dahulu (feudal) di hapuskan untuk membenarkan fahaman freemason muncul dan di terima manusia. Cikgu kita masa itu beria ia mengajar, kumpul nota mendenda pelajar yang tidak menghafal, memeriksa kertas peperiksaan dan pandai pula tanda salah dan betol serta di beri markah. Cikgu kita tu sudah tentu kebanyakkannya melayu dan islam .Sehingga hari ini kita masih kuat terpengaruh dengan idealogi ini. tapi percaya atau tidak idea ini la kita guna pakai seharian, di sekolah, tempat kerja, bank, hotel, shopping, kedai runcit, kedai mamak sekali pun system kerajaan dan sebagainya.

Kini, kita di hujani pula dengan informasi – informasi, pendapat – pendapat yang mengatakan agama asing dan politik asing, tidak boleh berpolitik di dalam masjid. Soalan ringkas, dimanakah Rasulullah berpolitik di zamannya? Di masjid atau parlimen? Dimana kah Rasulullah bermesyuarat? Di masjid atau hotel? Sehingga Nabi Muhamad berjaya mengariskan perlembagaan yang di namakan Piagam Madinah ( perlembagaan madinah).. Perlembagaan ini lah yang menjadikan Madinah sebagai Negara Islam yang unggul dan ditakuti oleh golongan kafir, Di zaman Khulafa Saidina Umar Al – Khattab, beliau mula memodernkan pemerintahan Islam dengan panduan dari Al – Quran , Hadith dan Sunnah Rasulullah sehingga beliau berjaya mewujudkan sistem pos, sistem jalan raya, sistem gabenor, sistem ketenteraan modern, sistem kewangan islam (Dinar emas) yang menjadikan ekonomi islam cukup berjaya, berbeza sekali dengan sistem ekonomi sekular yang berasaskan duit kertas dan hanya berdasarkan sandaran emas simpanan dalam negara,seperti yang diketahui umum nilai emas sentiasa utuh, tetap naik setiap tahun dan tidak perlukan sistem riba untuk mengaut keuntungan malah matawang dinar lebih membawa untung dari wang kertas. Ini salah satu propaganda kafir untuk menyekat kemajuan orang islam, soalan...Siapakah yang menghalang penggunaan matawang dinar emas di malaysia? dan ideology yang bagaimana yang mereka bawa?....Dengan usaha para sahabat ini islam telah tersebar dengan meluas ke seluruh pelusuk dunia. Soalan lagi.. adakah di sini Islam kolot? Dan jika Rasullullah dan para sahabat baginda mengasingkan politik dengan agama kita sekarang masih bernafas sebagai orang hindu atau budha atau anismisme lagi.

3.         Dajjal dan fitnahnya

Nabi Muhamad pernah memanggil para sahabat untuk menceritakan tentang Dajjal dan fitnahnya, di ambil sedikit di sini baginda menyebut Dajjal dapat dikenali dengan tulisan di dahinya “ Kaf Fa Ra” iaitu kafir atau kufur. Dapat di baca walaupun oleh manusia yang tidak mengenal huruf.… Bekas pemerintah tentera Amerika syarikat (AS) telah membuat kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan penubuhan CFR oleh pemimpin utama dunia dan tertubuhnya Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi pelopor kepada World New Order atau pemerintahan baru ini. Kerana CFR juga membawa ideology seakan – akan Freemason dimana segala kegiatan dan agenda jahat mereka disembunyikan dengan tujuan penubuhan CFR iaitu persaudaraan (hubungan baik antara Negara) dan amal kebajikan. Adakah ini ada kaitan dengan kerajaan Dajjal pemimpin bermata satu? Dan Apakah yang di maksudkan dengan CFR? Kaf (C ) Fa ( F ) Ra ( R )  Apa kaitan CFR dengan World New Order dan perkaitannya dengan amalan demokrasi politik dunia

*Akan bersambung di entri selepas ini…………







           



Tuesday, December 14, 2010

Sinar Islam Untuk Semua



Firman Allah SWT (Surah al-Mumtahanah 60:8):
yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
Penganjuran ”Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” pada saya adalah memenuhi dan sangat tepat pada masanya. Ini kerana kita seringkali dihidangkan dengan isu-isu panas yang melibatkan pertikaian antara kaum dan agama yang ditimbulkan oleh piha-kpihak tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik.
Perjuangan untuk Allah
Akhir-akhir ini, pertembungan ini dilihat semakin dahsyat ditambah pula oleh peranan media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, parti-parti seperti PAS dilabel sebagai parti perkauman, rasis, radikal dan sebagainya, maka hari ini seolaholah label itu telah bertukar arah dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal. Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa
langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata. Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT selaku pencipta alam semesta.
Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logik tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini. Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur
mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama.
Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.
Asal manusia dari Nabi Adam
Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa. Ini disebut di dalam firmanNya (surah an-Nisa’ 4:1):
yang bermaksud : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.
Merujuk kepada firman Allah SWT ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan. Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia. Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.
Realiti perjuangan Islam
Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT. Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS. Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah. Allah itu yang disembah di dalam sembahyang, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS.
Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat. Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.
PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya. Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali
pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.
Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia
Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan. Menghindarinya bermakna
mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama. Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau
digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima
secara universal. Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman
perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita. Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.
Menerima pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi
Atas kemuliaan ajaran Islam, maka usaha untuk memperkenalkan Islam yang sebenar turut dilakukan oleh tokoh intelek Islam terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Golongan Nonmuslim di dalam Masyarakat Islam” (غير المسلمين في المجتمع السلمي)
Buku ini adalah antara hidangan istimewa yang sesuai untuk kita hadam dan diskusikan oleh semua pihak ke arah memahami Islam dan menolak prejudis terhadap Islam. Secara peribadi, saya telah mengikuti pandangan beliau semenjak saya pulang ke tanah air sekitar tahun 1960-an. Saya mula menggunakan kitab beliau iaitu ”Islam dan Sekular : Satu Pertentangan” di dalam majlis pengajian yang saya kendalikan. Satu demi satu kitab beliau saya habiskan hinggalah ke hari ini, saya menggunakan kitab karangan beliau iaitu Fiqh Daulah di
dalam majlis pengajian saya.
Sepanjang pengkajian saya terhadap pendekatan yang digunakan oleh beliau, nyata sekali beliau merupakan seorang tokoh intelek yang mengamalkan pendekatan sederhana. Beliau tidak ekstrim dalam mengemukakan pandangannya, dan tidak pula menolak mentah-mentah pandangan orang lain. Sesuai dengan pengalaman yang pernah terlibat dengan usaha dakwah Islamiah menerusi pertubuhan Ikhwanul Muslimin, maka pandangannya dilihat rasional dan berssandarkan pengalaman praktikal serta sesuai untuk direalisasikan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini.
Justeru, ketokohannya diiktiraf oleh dunia dengan pelbagai anugerah yang diperolehi termasuklah dua anugerah dari Malaysia iaitu anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1996 dan terbaru sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat
kebangsaan pada tahun 2009. Semoga pandangan-pandangan sederhana beliau seperti yang ditulis di dalam banyak bukunya dapat diterima pakai sebagai asas membina hubungan yang harmoni di antara Muslim dengan Nonmuslim di Malaysia.
Sinar Islam memenuhi harapan
Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu. Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu. Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam, ingatlah, sesungguhnya Allah SWT hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam. Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya sebagaimana firmanNya (surah Muhammad :38):
yang bermaksud : dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar Islam.

*karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
 Diterbitkan pada 31 May 2010